SEJARAH SJKC KEE WHA (1941-1980)
Pada Tahun 1939, Encik Tan Chai Fa dan Encik Lu Jian Kuan mencadangkan pembinaan sebuah sekolah rendah di Kampung Nenasi yang bertujuan mendidik generasi muda supaya mereka dapat berkhidmat untuk negara pada masa akan datang. Dengan usaha dan sokongan penuh daripada rakyat tempatan, maka sebuah sekolah rendah persendirian telah didirikan pada Tahun 1941. Walau bagaimanapun sekolah ini tidak mempunyai kemudahan yang mencukupi.
Selepas Perang Dunia Kedua, sekolah rendah persendirian bernama Kee Wha telah ditubuhkan. Buat permulaan sekolah ini menyewa sebuah kedai untuk dijadikan kelas dan pejabat. Pada masa itu, Encik Lu Jian Kuan memegang jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Pengurus Sekolah dan Encik Tan Liang Chai sebagai Penyelia Sekolah yang bertanggungjawab mendorong membina bangunan baru sekolah. Untuk memantapkan lagi pengurusan sekolah, pihak pengurusan sekolah telah melantik En. Xu Zhao Kuang sebagai Guru Besar pertama sekolah ini.
Pada Tahun 1951, bangunan baru sekolah ini berjaya didirikan. Pada masa itu, jawatan Guru Besar dipegang oleh En. Su You Ming. Bangunan baru sekolah yang didirikan di tepi sungai telah diancam hakisan yang mengakibatkan pihak pengurus sekolah mencadangkan mencari tapak lain.
Pada Tahun 1951, satu tindakan mengumpul dana sekolah telah dijalankan. Walau bagaimanapun kurang berjaya mendapat sambutan kerana kawasan Kampung Nenasi ialah kawasan yang kecil dan agar sukar untuk mengumpul dana dalam jumlah yang banyak. Hasil usaha, Encik Tong Neng Long, Guru Besar pada masa itu, berjaya mengadakan Malam Pesta Ria Amal yang pertama kali diadakan di Kampung Nenasi dengan tujuan mengumpulkan dana. Dana yang berjaya dikumpul dalam Malam Pesta Ria masih tidak mencukupi. Pada tahun yang sama, hakisan sungai telah sampai ke tahap yang berbahaya menjadikan pihak Lembaga Pengurus sekolah terpaksa memberi tapak panggung wayang yang lama terbiar untuk diubahsuai menjadi tapak bangunan sekolah baru.
Bangunan baru sekolah mulai digunakan untuk tujuan pendidikan selepas pengubahsuaian siap sepenuhnya pada tahun 1961. Pada masa itu, nama sekolah ditukarkan daripada Sekolah Rendah Persendirian Kee Wah kepada Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina) Kee Wha. Bilangan guru juga bertambah daripada dua orang kepada tiga orang yang mana seorang daripadanya ialah guru kontrak.
Pada tahun 1962, asrama guru berjaya disiapkan dan guru yang mengajar pada ketika itu boleh tinggal dalam asrama tersebut. Sekolah baru boleh dikatakan agar lengkap dengan kemudahan. En. Tong Len Long merupakan guru besar pada masa itu manakala Pengarah Lembaga Sekolah ialah En. Liang Koh Jun. Pada tahun 1964, atas usaha Pengarah Lembaga Sekolah, En. Tong Len Long mendapat bantuan daripada Jabatan Pembangunan Desa untuk membina sebuah gelanggang bola keranjang dan bilangan guru bertambah kepada empat orang.
Pada tahun 1969, sekolah terpaksa berpindah sekali lagi atas sebab pembinaan Jambatan Kampung Nenasi dan Lebuh Raya Pantai Timur Laut oleh Jabatan Kerja Raya(JKR). Pemindahan sekolah ini tertunda selama beberapa tahun sehinggalah pada tahun 1971 JKR berjaya mencari tapak untuk memindahkan sekolah tersebut. Dalam tempoh pemindahan ke sekolah baru, sekolah terpaksa menyewa kedai-kedai untuk dijadikan sebagai sekolah sementara.
Pada 5 Mac 1972, secara rasminya bangunan sekolah baru mulai digunakan. Hak milik tanah sekolah baru SJKC Kee Wah adalah oleh kerajaan Malaysia. Kawasan sekolah berhampiran dengan Laut China Selatan dengan jarak 400 meter dan keluasan sekolah lebih kurang 1 hektar.
Sekolah baru menggunakan papan dan bercorak tradisional. Selain itu Sekolah baru lebih luas berbanding kawasan sekolah lama. Sekolah ini berhampiran dengan laut dan ini menjadikan udara lebih segar dan berjauhan daripada bunyi bising seperti kenderaan.
Pada tahun 1973, En. Tong Len Long merangkap Guru Besar pada ketika itu memohon pertukaran balik tempat asalnya. Akhirnya beliau ditukarkan ke tempat asalnya dan meninggalkan sekolah yang telah beliau bimbing lebih daripada 20 tahun. Kehilangan Encik Tong Len Long merupakan satu kerugian yang besar bagi penduduk Kampung Nenasi. Ini adalah kerana kesungguhannya memajukan sekolah serta menaikkan imej Kampung Nenasi. Selain itu, penduduk Kampung Nenasi sangat menghormati beliau, dan memberikan sokongan sepenuhnya sama ada dari segi kewangan ataupun sokongan moral.
Pada tahun 1975, pihak lembaga sekolah membuat keputusan untuk memperbaiki pagar sekolah yang rosak dan usang. Atas usaha Pengarah Lembaga, Encik Shi Ya Xin (PPN;PPM), sekolah mendapat bantuan daripada wakil rakyat (Yang Berhormat ADUN) sebanyak satu ribu. Walau bagaimanapun, dana yang diterima masih tidak mencukupi. Oleh itu, Encik Shi Ya Xin (PPN;PPM) telah menderma sebanyak tujuh ratus ringgit secara sukarela kepada sekolah. Akhirnya, hasil usaha dan kerjasama penduduk Kampung Nenasi dana-dana berjaya dikumpulkan dan pagar sekolah berjaya diperbaiki. Tindakan dan jasa baik Encik Shi Ya Xin (PPN;PPM) yang memberi sumbangan dalam bentuk wang dan tenaga harus dicontohi.
Pada bulan September tahun 1979, angin kencang telah menyebabkan pagar runtuh, bumbung terbang dan bangunan kantin sekolah hampir runtuh. Encik Shi Ya Xin (PPN;PPM) telah berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mendapat dana daripada Yang Berhormat ADUN bagi memperbaiki kerosakan bangunan sekolah. Disampang itu, Encik Shi Ya Xin (PPN;PPM) telah berjumpa dengan Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Tan Shen Xin dan berjaya mendapat perhatin daripada beliau. Datuk Tan Shen Xin telah menghantar wakil dari Menteri Pendidikan datang ke sekolah untuk membuat tinjauan dan merancang projek baik pulih bangunan sekolah . Tindakan Encik Shi Ya Xin (PPN;PPM) menunjukkan kasih sayang dan sokongan beliau kepada pendidikan aliran bahasa Cina harus dipuji dan dikenang oleh kita.
Di bawah bimbingan Encik Shi Ya Xin (PPN;PPM), Lembaga Sekolah Kee Wha telah mengeluarkan lebih kurang seribu ringgit pada setiap tahun sebagai dana pembangunan dan keperluan sekolah. Pada masa yang sama, pihak lembaga juga membeli buku rujukan dan buku teks bagi membantu pelajar yang kurang berkemampuan. Tindakan ini mendorong ibu bapa daripada pelbagai kaum menghantar anak mereka belajar di sekolah ini. Di samping itu, Encik Shi Ya Xin (PPN;PPM) turut menggalakkan kaum lain menghantar anak mereka belajar di sekolah ini bagi memupuk persefahaman dan perpaduan antara kaum. Tindakan ini turut mendapat sokongan daripada pelbagai kaum di kawasan ini. Menjelang tahun 1979, sekolah ini mempunyai 8 orang pelajar kaum Melayu dan 15 orang asli. Jumlah bilangan pelajar bukan kaum cina telah melebihi bilangan pelajar kaum cina pada tahun tersebut.
Kelengkapan dan keadaan sekolah ini belum mencapai tahap yang diharapkan. Namun, sekolah ini dapat menyediakan iklim sekolah dan kelengkapan sekolah yang memuaskan. Kita harus memberikan ribuan terima kasih kepada Encik Shi Ya Xin (PPN;PPM) dan juga penduduk tempatan atas usaha dan tungkus- lumus mereka bagi membina sekolah ini.
(Terjemahan daripada buku :”Sejarah Bagi Sekolah Rendah dan Menengah di Malaysia…”,Lin You Yu, 1982,Culture Press Sdn. Bhd, Pulau Pinang, 1982.)
Thursday, July 29, 2010
Label:
SEJARAH SJKC KEE WHA
Wednesday, July 7, 2010
Guru-guru dan murid-murid SJKC Kee Wha 2009
Tuesday, June 29, 2010
Selamat Datang Ke Blog SJKC Kee Wha

Sekolah Ini ditubuhkan pada tahun 1950 oleh masyarakat Cina di Kampung Nenasi Pantai. Pada 2010 SJKC Kee Wha Nenasi hanya mempunyai 27 orang murid dan 9 orang guru.
Subscribe to:
Posts (Atom)